Site icon TechNave BM

Siri BRAVIA XR Sony 2022 dilancar di Malaysia: Televisyen pintar sehingga 85″ bermula RM5,899

Pada hari ini, Sony Malaysia telah melancarkan siri televisyen baru dalam barisan Sony BRAVIA XR yang menampilkan pelbagai teknologi canggih bagi membantu pelanggan untuk menonton kandungan filem yang paling cantik.

Siri televisyen ini dilengkapi cipset Cognitive Processor XR dengan XR Backlight Master Drive bagi mengawal cahaya belakang (backlight) Mini LED dalam skrin untuk kecerahan yang lebih jelas dan penghasilan warna yang lebih tepat dengan dunia sebenar.

Untuk audio pula, model televisyen OLED mempunyai Acoustic Surface Audio+ manakala model LED mempunyai Acoustic Multi-Audio. Sistem pembesar suara ini menempatkan kedudukan bunyi secara tepat dengan imej yang dipaparkan pada skrin.

Televisyen ini turut boleh digunakan bersama kamera BRAVIA CAM supaya ia boleh mengimbas bentuk bilik serta melaraskan imej dan bunyi menurut bentuk bilik tadi untuk menghasilkan pengalaman tontonan terbaik. Kamera ini turut boleh digunakan untuk kawalan isyarat (gesture controls) dan panggilan video.

Selain televisyen, Sony turut memperkenalkan aplikasi penstriman BRAVIA CORE yang menyediakan filem dengan teknologi Pure Stream dan IMAX Enhanced untuk kualiti gambar yang terbaik. Pelanggan televisyen BRAVIA XR terpilih akan menerima langganan BRAVIA CORE selama setahun secara percuma.

Untuk perkhidmatan Netflix pula, televisyen BRAVIA mempunyai Netflix Adaptive Calibrated Mode yang boleh menyiarkan kandungan video tercantik daripada Netflix. Selain itu, televisyen ini boleh dihubungkan dengan Google TV untuk akses segera kepada lebih 700,000 filem dan siri televisyen.

Berikut adalah senarai harga untuk siri BRAVIA XR terbaharu di Malaysia:

Layari laman web Sony Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version