Site icon TechNave BM

Siri cipset 12th Gen Intel Core Mobile dilancar, tampilkan prestasi terpantas untuk komputer riba

Dalam acara CES 2022 baru-baru ini, Intel telah melancarkan siri cipset terbaharu iaitu 12th Gen Intel Core Mobile Alder Lake yang menampilkan prestasi lebih pantas sebanyak 40 peratus berbanding generasi sebelumnya. Siri tersebut terdiri daripada 28 cipset baharu yang menawarkan prestasi terpantas untuk komputer riba.

Cipset yang terpantas dalam siri ini adalah Intel Core i0-12900HK yang menampilkan frekuensi sehingga 5GHz, 14 teras (6 Performace Cores dan 8 Efficinet Cores) serta 20 threads untuk menjana prestasi yang tertinggi dalam gaming.

Selain itu, Intel juga mengatakan 12th Gen Intel Core H-series menggunakan tenaga 45W dan menawarkan prestasi yang lebih pantas sehingga 43 peratus berbanding generasi sebelumnya untuk kerja-kerja penciptaan kandungan seperti penjanaan imej 3D.

Intel introduces the 3rd edition specification and key experience indicators of Intel’s Project Athena innovation program. More than 100 co-engineered designs with 12th Gen Intel Core mobile processors are expected to start passing Intel Evo verification in the first half of 2022. (Credit: Intel Corporation)

Ia turut menyokong kelajuan memori DDR5 dan DDR4 sehingga 4800 MT/s (MegaTransfer sesaat), hubungan Intel Wi-Fi 6E (Gig+) dan sambungan Thunderbolt 4 untuk kelajuan pemindahan fail sehingga 40Gbps atau menyambungkan komputer riba kepada monitor 4K.

Selain H-Series, Intel turut memperkenalkan U-Series dan P-Series dalam 12th Gen Intel Core Mobile. Cipset P-Series menggunakan tenaga 28W, mempunyai 14 teras, 20 threads dan grafik Intel Iris Xe untuk kegunaan pelbagai jenis komputer riba, manakala cipset U-Series pula menggunakan tenaga 9W ke 15W untuk kegunaan komputer riba nipis dan ringan.

Komputer riba yang dilengkapi 12th Gen Intel Core H-series akan mula dijual pada Februari 2022, manakala komputer riba dengan U-Series dan P-Series pula akan mula dijual pada suku pertama 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset Intel baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version