Site icon TechNave BM

Siri EcoFlow River 2, DELTA dan Solar dilancar di Malaysia, stesen janakuasa mudah alih bermula RM1,399

EcoFlow iaitu syarikat penyelesaian tenaga mudah alih dan mesra alam yang ditubuhkan pada 2017 telah memberikan penyelesaian kepada pelanggan di lebih 100 pasaran melalui stesen janakuasa mudah alih DELTA dan RIVER serta pelbagai aksesori.

EcoFlow hari ini telah melancarkan stesen janakuasa mudah alih tiga siri model termasuk Siri RIVER 2, Siri DELTA 2 dan Siri Solar. EcoFlow mendakwa teknologi X-Streamnya yang dipatenkan memberikan salah satu kadar pengecasan semula terpantas di pasaran.

Menggunakan penyongsang (inverter) pintar terbina dalam, stesen janakuasa mudah alih boleh mengecas semula daripada 0-80% dalam masa sepantas 1 jam dan penuh dalam masa 2 jam. Teknologi X-Boost membolehkan pengguna meninggikan kuasa daripada stesen janakuasa mudah alih mereka.

Teknologi unik ini memberikan kuasa untuk peranti penting dalam apa jua keadaan. EcoFlow mengesyorkan menjalankan ujian dengan peranti anda dengan X-Boost dihidupkan. Sistem Pengurusan Bateri EcoFlow memanjangkan prestasi, kecekapan dan jangka hayat produk mereka. Teknologi ini menggunakan algoritma pintar untuk mengawal kesihatan dan kecekapan bateri.

Siri RIVER 2 EcoFlow, Siri DELTA dan Siri Solar kini tersedia di kedai Lazada dan Shopee rasmi EcoFlow serta penjual semula yang sah. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version