Site icon TechNave BM

Siri Galaxy S22 & peranti terpilih akan terima empat generasi peningkatan One UI

Sempena pelancaran siri Samsung Galaxy S22, Samsung turut mengumumkan peningkatan One UI dan Android OS untuk barisan Galaxy. Namun, hanya beberapa peranti sahaja yang terpilih akan mendapat peningkatan sehingga empat generasi untuk memastikan pengalaman Galaxy yang paling terkini dan selamat.

Menurut senarai itu, siri Galaxy S22 terbaru, siri Galaxy S21 (termasuk S21 FE) dan Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 yang terbaharu akan mendapat empat generasi One UI dan kemas kini keselamatan selama lima tahun. Siri Galaxy Tab S8 terbaharu turut disertakan tetapi tiada sebarang butiran khusus untuk siri Galaxy A.

Selain itu, Samsung juga menyasarkan untuk menyediakan sehingga empat tahun peningkatan kepada One UI Watch dan Wear OS Powered by Samsung. Walau bagaimanapun, hanya peranti Galaxy Watch4, Galaxy Watch4 Classic dan peranti siri Galaxy Watch akan memilikinya. Peranti Galaxy yang tidak menerima empat generasi peningkatan UI One akan masih disokong sehingga tiga generasi.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: TechNaveEN

Exit mobile version