Site icon TechNave BM

Siri Google Pixel 10 dilancar di Malaysia: Tensor G5, Android 16, fungsi AI baharu bermula RM3,999

Google hari ini telah melancarkan beberapa telefon terbaru dalam siri Pixel iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL. Semua telefon dalam siri Pixel 10 dilengkapi pemproses Google Tensor G5 untuk prestasi yang pantas dan fungsi kecerdasan buatan (AI) terkini untuk memudahkan hidup anda.

Perbezaan ketara antara Pixel 10 dan Pixel 10 Pro adalah daripada segi resolusi skrin dan kamera, di mana Pixel 10 Pro mempunyai resolusi skrin yang lebih tinggi dan sensor kamera yang lebih tajam.

Pixel 10 Pro XL pula merupakan varian dengan saiz paling besar, terutamanya dengan skrin 6.8 inci. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang paling besar dan kadar pengecasan yang paling pantas dalam siri Pixel 10.

Antara fungsi terbaru dalam siri Pixel 10 termasuklah Magic Cue yang akan menyediakan pemberitahuan penting buat anda, dengan mengambil maklumat daripada aplikasi-aplikasi lain seperti Gmail, Calendar, Screenshots, Messages dan banyak lagi. Sebagai contoh, jika anda ingin memberitahu rakan-rakan anda tentang jadual penerbangan anda, Magic Cue akan merujuk jadual tersebut dan menyediakan cadangan untuk dihantar melalui aplikasi Messages.

Selain itu, Daily Hub menyediakan maklumat yang khas untuk anda pada setiap hari, berdasarkan kalendar, topik-topik relevan dengan minat anda, senarai main (playlists) yang dicadangkan dan banyak lagi.

Siri telefon ini juga menyediakan fungsi Voice Translate yang akan menterjemah percakapan anda sewaktu membuat panggilan telefon secara masa nyata (real-time). Buat masa ini ia hanya menyokong bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Jepun, Perancis, Hindi, Itali, Portugis, Sweden, Rusia dan Indonesia.

Gemini Live pula kini boleh mengakses kamera anda untuk beri penyelesaian kepada sebarang permasalahan anda. Anda juga boleh hasilkan video janaan AI dengan Google AI Pro.

Dalam aplikasi Pixel Screenshots dan Recorder, ia telah disepadukan dengan pembantu nota NotebookLM, di mana ia akan mengimbas sebarang screenshot yang diambil dan tentukan sama ada ia sesuai dimasukkan ke dalam nota anda, atau menulis transkrip daripada rakaman audio ke dalam nota.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga telefon Pixel 10:

Google Pixel 10

Google Pixel 10 Pro

Google Pixel 10 Pro XL

Pra-tempahan untuk setiap Pixel 10 akan dibuka bermula 21 Ogos, manakala penjualan rasmi akan bermula pada 28 Ogos. Setiap pelanggan Pixel 10 juga akan menerima langganan Google AI Pro selama setahun.

Layari laman web Google untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version