Site icon TechNave BM

Siri Google Pixel 6 bakal dapat kemas kini perisian selama 5 tahun!

Google dikhabarkan akan melancarkan telefon pintar Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro dalam beberapa bulan akan datang. Sebelum ini, reka bentuk peranti ini dan cipsetnya tertiris, kini spesifikasi lainnya pula telah muncul dalam talian.

Untuk Google Pixel 6, ia dikatakan akan menggunakan skrin 6.4 inci AMOLED dan dikuasai oleh cipset GS101 bersama RAM 8GB. Selain itu, ia juga akan dilengkapi kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera swafoto 8MP. Peranti ini mempunyai bateri 4614mAh dengan perisian Android 12 dari dalam kotak.

Imej janaan Pixel 6

Manakala untuk Google Pixel 6 Pro pula, ia akan menggunakan skrin 6.71 inci Plastic OLED (p-OLED), cipset GS101, RAM setinggi 12GB dan storan 512GB. Untuk kamera, ia akan dilengkapi kamera utama 50MP, kamera telefotot 48MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera swafoto 12MP. Baterinya bersaiz 5,000mAh dengan perisian Android 12.

Yang lebih menarik adalah kedua-dua model ini dikatakan akan dapat kemas kini perisian sekurang-kurangnya 5 tahun. Ia tidak beritahu sama ada merujuk kepada kemas kini OS ataupun kemas kini sekuriti. Terdapat juga kemungkinan bahawa ia akan mendapat kemas kini OS selama 4 tahun dan sekuriti selama 5 tahun.

Buat masa ini, tiada lagi tarikh pelancaran rasmi siri ini namun sumber menyatakan bahawa siri Pixel 6 mungkin akan memasuki pasaran pada bulan Oktober ini.

Adakah anda teruja dengan berita baru ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version