Site icon TechNave BM

Siri Google Pixel 6 mungkin gunakan modem Exynos 5123 dari Samsung, tidak lagi dengan Qualcomm

Selepas mendominasi pasaran cipset untuk telefon pintar, Qualcomm dilihat cuba untuk melakukan perkara yang sama dengan cip modem penyambungan (connectivity). Namun, mereka nampaknya susah untuk berbuat demikian.

Google sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan cipset buatan sendiri Tensor pada peranti andalan siri Pixel 6. Sehingga kini, Google hanya menggunakan cipset Snapdragon dari Qualcomm untuk telefon pintarnya.

Kini, laporan terbaru menyatakan bahawa Google bukan sahaja meninggalkan Qualcomm untuk cipset tetapi juga untuk modemnya. Google dikatakan akan menggunakan modem Samsung Exynos 5123 untuk telefon pintar Pixel 6.

Ini adalah hal yang besar kerana selama ini, semua telefon pintar yang dihasilkan di Amerika Syarikat hanya menggunakan cip dari Qualcomm. Jika Pixel 6 benar menggunakan modem Samsung, ia mungkin menandakan keakhiran monopoli Qualcomm buat kali yang pertama.

Adakah anda gembira dengan berita ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version