Site icon TechNave BM

Siri Google Pixel 7 mungkin dilancar dalam acara Made by Google pada 6 Oktober 2022

Google telah mengumumkan acara Made by Google yang dijadualkan pada 6 Oktober 2022 pada 10 PM untuk zon waktu Malaysia. Jika anda melihat pengumuman media sosial Google, anda boleh melihat beberapa peranti yang mungkin akan muncul. 

Salah satunya adalah siri Pixel 7 yang membawa Google Pixel 7 dan Google Pixel 7 Pro. Untuk meringkaskan acara daripada ucaptama Google I/O pada bulan Mei, peranti andalan seterusnya akan hadir dengan Android 13 OS dan cip set Tensor baharu untuk peningkatan fotografi mudah alih, video, keselamatan dan pengecaman suara.

Walaupun tiada spesifikasi rasmi, pendedahan sebelum ini telah mencadangkan bahawa siri Pixel 7 menggunakan kamera hadapan 11MP dengan sensor Samsung 3J1. Kamera belakangnya pula menampilkan sensor sudut ultralebar Samsung GN1 dan Sony IMX381 utama yang sama. Sensor telefoto pada Pixel 7 Pro mungkin bertukar kepada Samsung GM1.

Selain Siri Pixel 7, Pixel Watch turut didedahkan sebagai jam tangan pintar pertama yang diumumkan oleh Google beberapa bulan lalu dengan WearOS. Ia telah direka bentuk semula agar serasi dengan setiap peranti Pixel dan Android termasuk siri Pixel Buds.

Seperti biasa, berkemungkinan peranti-peranti di atas tidak masuk ke pasaran Malaysia kerana Google Malaysia  menghentikan langkah tersebut sejak beberapa tahun lalu. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version