Site icon TechNave BM

Siri GoPro HERO11 Black dilancar di Malaysia: Kamera lasak dengan 3 varian bermula RM1,979

Pada hari ini, GoPro Malaysia telah melancarkan siri kamera sukan tahan lasak yang terbaru iaitu GoPro HERO11 Black. Siri kamera ini terdiri daripada tiga varian utama iaito HERO11 Black, HERO11 Black Creator Edition dan HERO11 Black Mini.

Semua kamera HERO11 Black bakal dilengkapi sensor besar berukuran 1/1.9 inci yang boleh merekod video dengan resolusi 5.3K pada kadar 60fps, nisbah aspek 8:7 dan 1 bilion warna dengan format warna 10-bit. Ia juga boleh mengambil gambar 27 megapiksel untuk kualiti yang lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Nisbah aspek 8:7 pula bertujuan untuk bantu pengguna menyunting video ke dalam format 16:9 untuk tontonan video biasa atau 9:16 untuk video menegak yang lebih sesuai dalam Instagram dan TikTok. Siri kamera ini juga menampilkan HyperView iaitu medan penglihatan yang paling luas dalam siri HERO setakat ini.

Selain itu, ia menampilkan teknologi bateri Enduro yang menawarkan hayat bateri yang lebih lama sebanyak 38% berbanding model sebelumnya.

Jika anda inginkan semua fungsi HERO11 Black dalam sebuah bentuk kamera yang lebih kecil, HERO11 Black Mini menawarkan semua fungsi tersebut namun badannya lebih kecil berbanding HERO11 Black. Sungguh pun begitu, ia tidak mempunyai sebarang skrin dan baterinya tidak boleh dikeluarkan.

Buat mereka yang ingin fokus pada vlogging, pembikinan filem dan siaran langsung, HERO11 Black Creator Edition menawarkan pakej lengkap termasuklah tripod yang turut mempunyai bateri dalaman, lampu LED terang, mikrofon dan beberapa aksesori tambahan yang boleh digabungkan bersama HERO11 Black.

GoPro HERO 11 Black kini boleh didapati di Malaysia pada harga:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri kamera sukan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version