Site icon TechNave BM

Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China dan ia bakal menggantikan siri HONOR 100. Syarikat teknologi itu telah pun berkongsi rekaan telefon tersebut yang terdiri daripada empat pilihan warna.

Di belakang, siri telefon ini bakal mempunyai bonggol kamera berbentuk bujur yang menempatkan tiga lensa dan satu lampu denyar LED. Spesifikasi kamera penuh masih belum diumumkan, namun kedua-dua telefon akan mempunyai kamera utama 50MP dengan penstabilan imej optikal.

Empat pilihan warna HONOR 200 Pro
Empat pilihan warna HONOR 200

Perbezaan utama di antara kedua-dua model adalah daripada segi kamera swafoto di atas skrin, di mana HONOR 200 mempunyai kamera swafoto berbentuk bulat yang kecil manakala HONOR 200 Pro pula mempunyai kamera swafoto berbentuk pil.

Spesifikasi penuh untuk siri telefon ini masih belum diketahui, namun ia dikhabar akan mempunyai bateri 5,200mAh, pengecasan pantas 100W dan zum digital sehingga 50x.

Maklumat lanjut mengenainya mungkin akan dimaklumkan lebih banyak apabila kita menghampiri tarikh pelancaran. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HONOR China

Exit mobile version