Site icon TechNave BM

Siri HONOR 200 dilancar di Malaysia: SD 8s Gen 3, pelbagai fungsi AI, cas pantas 100W bermula RM1,899

Pada hari ini, HONOR Malaysia memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan/andalan terbaru iaitu siri HONOR 200 yang terdiri daripada HONOR 200 dan HONOR 200 Pro. Selain dilengkapi spesifikasi terkini dan kamera cantik, siri HONOR 200 turut menampilkan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan penggunaan harian.

Telefon ini mempunyai tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera telefoto 50MP dan kamera ultra-lebar/makro 12MP. Sensor kamera utama adalah berlainan untuk kedua-dua varian, di mana HONOR 200 standard menggunakan sensor Sony IMX906 1/1.56 inci manakala HONOR 200 Pro menggunakan sensor H9000 1/1.3 inci. Di hadapan pula, ia mempunyai kamera swafoto 50MP.

Ia mempunyai fungsi Professional Harcourt Portrait Modes yang dibangunkan dengan Studio Harcourt yang popular di Perancis bagi menawarkan efek gambar mod potret yang cantik. Ia juga menawarkan 23 tahap bokeh (f/1.2 hingga f/16) untuk melaraskan efek latar belakang kabur dalam mod potret.

Untuk kebolehan AI pula, antara fungsi yang ditawarkan termasuklah Magic Portal, Magic Capsule, Air Gestures, Magic Lock Screen, Smart Folder, Blur Privacy Info, AI Circadian Night Display, AI Portrait Effect Enhancement, AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing Capture.

Daripada segi spesifikasi, HONOR 200 Pro adalah telefon pertama di Malaysia yang dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 bagi menghasilkan prestasi terpantas dalam pelbagai situasi berat, seperti bermain game.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri HONOR 200:

HONOR 200

HONOR 200 Pro

Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 27 Jun 2024 jam 3:00 petang. Pra-tempahan boleh dibuat dengan deposit RM20 dan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,078 seperti:

● Rebat RM200 (Termasuk deposit RM20)
● HONOR Earbuds X6
● Penggantian Retak Depan & Belakang 365 hari

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version