Site icon TechNave BM

Siri HONOR 30 dilancarkan dengan cipset Kirin 990, kamera utama 50MP, harga bermula ~RM1,839

Kelihatannya industri telefon pintar di China tak lekang dek penularan COVID-19. HONOR kini melancarkan siri HONOR 30 Pro yang terdiri daripada tiga ahli iaitu HONOR 30, HONOR 30 Pro dan HONOR 30 Pro Plus. KSalah satu keluaran baharu HONOR ini dioperasikan oleh cipset Kirin 990 5G terkini. Namun, apakah perbezaan menarik yang ditawarkan melalui tiga peranti ini?

HONOR 30 Pro Plus hadir dengan paparan OLED berukuran 6.57 inci 90Hz bersama bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W dan 27W (wayarles). Ia juga hadir dengan sistem penyejukan cecair untuk penyerapan haba yang baik. Varian paling tinggi ini dihuni tetapan kamera utama lensa Sony IMX700 50MP + 16MP (lensa super ultra-lebar) + lensa telefoto 50x. Kamera hadapannya juga agak menarik dengan kehadiran lensa utama 32MP dan lensa ultra-lebar 8MP. Untuk pengetahuan anda, DxOMark menandakan prestasi kamera HONOR 30 Pro Plus sebagai kedua tertinggi dalam ujian kameranya.

HONOR 30 Pro pula hadir dengan cipset dan paparan sama seperti HONOR 30 Pro Plus. Namun, perbezaannya adalah pada tetapan kamera utama 40MP (SONY IMX600) + 16MP (super ultra-lebar) + 50x telefoto bersama kamera hadapan yang sama dengan HONOR 30 Pro Plus.

Beralih kepada HONOR 30, ia hadir dengan paparan 6.53 inci bersama tetapan kamera 40MP (lensa utama) + lensa telefoto + 8MP (super ultra-lebar) + 2MP (lensa makro) dan kamera selfie 32MP. Bukan itu sahaja, ia tampil dengan bateri 4000 mAh dan turut menyokong pengecasan pantas 40W. HONOR 30 dioperasikan oleh cipset Kirin 985, berbeza dengan variannya yang lain.

Anggaran harga (RM) HONOR 30:

Anggaran harga (RM) HONOR 30 Pro

Anggaran harga (RM) HONOR 30 Pro Plus

Apa pun, kami akan maklumkan sekiranya ada maklumat rasmi mengenai harga dan tarikh pelancarannya di Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version