HONOR Malaysia hari ini melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan baharu iaitu HONOR 400 dan HONOR 400 Pro. Selain dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik, ia turut mempunyai beberapa fungsi kecerdasan buatan (AI) yang unik seperti AI Image to Video.
Siri HONOR 400 dilengkapi kamera utama Super Sensing 200MP dan kamera ultra-lebar 12MP, manakala HONOR 400 Pro mempunyai satu lagi kamera iaitu kamera telefoto 50MP yang boleh zum optikal 3x. Di hadapan pula, kedua-dua telefon dilengkapi kamera swafoto potret 50MP f/2.0.
Kamera siri telefon ini mempunyai AI HONOR IMAGE ENGINE yang menyokong kebolehan zum 15x hingga 50x untuk varian Pro, dan sehingga 30x untuk varian standard. Ia turut mempunyai beberapa fungsi fotografi AI seperti AI Portrait Snap, Harcourt Portrait 2.0, Film Simulation dan AI Enhanced Portrait.
Satu ciri yang sangat unik adalah AI Image to Video yang boleh menukarkan gambar kepada sebuah video pendek, dengan kerjasama Google Cloud. Ia turut mempunyai fungsi suntingan AI seperti Moving Photo Collage, AI Eraser 2.0, AI Erase Passer-by, AI Remove Reflection dan AI Outpainting.
Bateri kedua-dua telefon berkapasiti 6,000mAh, manakala untuk pengecasan pula, kedua-dua varian mempunyai kadar yang berlainan. Varian Pro menyokong kadar pengecasan HONOR Wired SuperCharge 100W manakala varian standard pula 80W sahaja.
Untuk cipset, varian Pro dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 manakala varian standard dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua telefon dilengkapi skrin AMOLED dengan resolusi 1.5K, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 5,000 nits.
Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri telefon ini:
HONOR 400
- Skrin AMOLED 6.55 inci, resolusi 1.5K (2736×1264), kadar segar semula 120Hz
- Cipset Qualcomm Snapdragon 7 Gen 3
- RAM 12GB
- Storan 256GB atau 512GB
- Kamera utama 200MP + kamera ultra-lebar 12MP
- Kamera hadapan 50MP
- Bateri 6,000mAh
- Pengecasan pantas 80W
- Pembesar suara stereo
- Sistem pembesar suara Android 15 dengan MagicOS 9.0
- Sokongan Wi-Fi 6, Bluetoof 5.4
- Harga:
- 12GB+256GB: RM1,899
- 12GB+512GB: RM2,199
HONOR 400 Pro
- Skrin AMOLED 6.55 inci, resolusi 1.5K (2736×1264), kadar segar semula 120Hz
- Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3
- RAM 12GB
- Storan 512GB
- Kamera utama 200MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera telefoto 50MP
- Kamera hadapan 50MP
- Bateri 6,000mAh
- Pengecasan pantas 100W, pengecasan wayarles 50W
- Pembesar suara stereo
- Sistem pembesar suara Android 15 dengan MagicOS 9.0
- Sokongan Wi-Fi 6, Bluetoof 5.4
- Harga: RM2,699
Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini sehingga 29 Mei 2025, dan setiap pra-tempahan akan menerima hadiah bernilai RM1,097. Layari laman web HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai pembelian telefon ini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

