Site icon TechNave BM

Siri HONOR 50 dilancar: Miliki SD 778G dan skrin OLED 6.57” 120Hz bermula ~RM2,400

HONOR telah melancarkan barisan HONOR 50 dan siri Magic yang mendapat sambutan hangat di pasaran China. Bulan ini, dikatakan HONOR bakal tiba ke Eropah bakal dirasmikan pada 26 Oktober.

Menurut laporan WinFuture, beberapa butiran harga HONOR 50 telah didedahkan. Terdapat dua varian iaitu RAM 6GB dan storan 128GB berharga €499 (~RM2,409) manakala RAM 8GB dan storan 256GB berharga €599 (~RM2,892). Anda boleh lihat di bawah mengenai spesifikasi HONOR 50 dan HONOR 50 Pro.

HONOR 50

HONOR 50 Pro

Masih tiada sebarang maklumat mengenai kedatangan dan harga siri HONOR 50 Pro. Dikatakan harganya lebih tinggi jika ia tiba ke Eropah. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version