Site icon TechNave BM

Siri HONOR 50 mungkin akan perkenalkan varian keempat iaitu HONOR 50 SE

Semalam, kami telah pun melaporkan tentang siri telefon pintar HONOR 50 yang akan dilancar pada 16 Jun di China. Siri tersebut dikhabarkan akan terdiri daripada HONOR 50, HONOR 50 Pro dan HONOR 50 Pro+, dan kini terdapat maklumat mengatakan bahawa HONOR bakal menyertakan varian keempat dalam siri tersebut iaitu HONOR 50 SE.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang telefon tersebut, namun HONOR 50 SE mungkin adalah varian terendah di antara ketiga-tiga varian tersebut. Sebagai rujukan, HONOR 50 bakal dilengkapi cipset Snapdragon 778G manakala HONOR 50 Pro dan Pro+ pula mungkin akan dilengkapi Snapdragon 888.

Siri HONOR 50 dijangka akan dilengkapi perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) untuk kegunaan pelanggan di seluruh dunia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version