Site icon TechNave BM

Siri HONOR 60 baharu, mungkin HONOR 60 SE akan diumum pada 8 Februari

Pada Disember 2021, HONOR telah mengumumkan HONOR 60 dan HONOR 60 Pro di China. Hari ini, CMO Honor China Jiang Hairong Harrison telah (di Weibo) mengesahkan bahawa mereka akan mengumumkan produk baharu siri HONOR 60 pada 8 Februari. Berkemungkinan juga pelancaran HONOR 60 SE mungkin akan diberitahu esok.

Sejak syarikat itu telah melancarkan HONOR 50 SE tahun lepas, telefon siri HONOR 60 seterusnya mungkin diberi nama sebagai HONOR 60 SE. Pada bulan Disember, telefon pintar HONOR dengan nombor model GIA-AN00 telah diluluskan oleh agensi 3C China. Peranti yang sama dilihat di penyenaraian Geekbench baru-baru ini memberi andaian bahawa HONOR GIA-AN00 mungkin merupakan HONOR 60 SE.

Penyenaraian 3C GIA-AN00 mendedahkan bahawa ia mungkin tiba dengan sokongan pengecasan pantas 66W. Peranti ini mendapat markah 3314 dalam ujian teras tunggal Geekbench 4 dan mencatatkan skor 8287 dalam ujian berbilang. Penyenaraian itu mendedahkan bahawa peranti ini dikuasakan oleh cipset Dimensity 900 dan RAM 8GB. Peranti ini mungkin menggunakan Android 11 dan UI Magic terkini. Imej di atas merupakan sarung HONOR 60 SE yang dikesan pada baru-baru ini.

Jika dilihat balik, HONOR 60 dilengkapi dengan cipset Snapdragon 778G manakala HONOR 60 Pro dikuasakan oleh cipset Snapdragon 778G Plus. Berkemungkinan besar, HONOR 60 SE akan diletakkan di bawah barisan siri HONOR 60 sedia ada. Laporan telah mendakwa bahawa HONOR X40i juga boleh menjadi peranti yang mungkin dirasmikan bersama HONOR 60 SE.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version