Site icon TechNave BM

Siri HONOR 60 mungkin mempunyai 3 varian, dilengkapi pengecasan pantas 60W

Telefon pintar kelas pertengahan HONOR 50 baru sahaja dilancar di Malaysia pada bulan lalu dan kini sekuel kepadanya, HONOR 60, dikhabarkan bakal dilancar pada bulan Disember 2021 di China. Menurut pengkhabar teknologi WhyLab, siri HONOR 60 akan terdiri daripada HONOR 60, HONOR 60 Pro dan HONOR 60 SE.

Perbezaan antara ketiga-tiga varian tersebut adalah pada kadar pengecasannya, di mana HONOR 60 dan HONOR 60 Pro akan dilengkapi pengecasan pantas 60W manakala HONOR 60 SE pula sekadar 40W sahaja. HONOR 60 juga telah diiktiraf dalam pengiktirafan 3C di China dengan nombor model GIA-AN00, di mana ia menyenaraikan pengecasan pantas 60W.

Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk HONOR 60 termasuklah cipset Snapdragon 870, bateri 4,500mAh, lima kamera di belakang dan kamera swafoto dalam lubang punch hole. Bonggol kamera di belakang pula akan mengekalkan reka bentuk yang serupa dengan HONOR 50. Ia mungkin akan dilancar di China pada 1 Disember 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan HONOR 60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version