Site icon TechNave BM

Siri HONOR 70 akan dilancar pada 30 Mei 2022

HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru, HONOR 70, pada hari Isnin, 30 Mei 2022 jam 7:30 malam di China. Sebuah video promosi pendek telah pun dimuat naik ke Weibo, di mana ia menunjukkan reka bentuk telefon tersebut secara ringkas.

Berdasarkan video pendek itu, siri HONOR 70 bakal mempunyai rekaan berkilauan di belakangnya dengan corak permata (diamond). Selain itu, ia akan mempunyai dua bonggol kamera dengan tiga lensa.

Setakat ini masih tiada maklumat tentang spesifikasi rasmi untuk siri telefon tersebut. Sebelum ini, pengkhabar berita teknologi Digital Chat Staion mengatakan HONOR 70 bakal menjadi telefon pertama dengan siri sensor kamera Sony IMX8, di mana ia telah dibangunkan dengan kerjasama oleh HONOR dan Sony.

Siri HONOR 70 dijangka terdiri daripada HONOR 70, HONOR 70 Pro dan HONOR 70 Pro+. Satu perbezaan utama antara tiga varian ini mungkin adalah daripada segi cipset, di mana HONOR 70 dilengkapi Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1, HONOR 70 Pro dilengkapi MediaTek Dimensity 8100 dan HONOR 70 Pro+ dilengkapi Dimensity 9000.

Jika anda berminat untuk memiliki telefon pintar pertengahan HONOR sekarang, anda boleh lihat pada HONOR 50 5G (RM1,699), HONOR 50 Lite (RM999), HONOR X7 (RM699), HONOR X8 (RM899) atau HONOR X9 (RM1,099).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR 70 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version