Site icon TechNave BM

Siri HONOR 90 dilancar dengan SD 8+ Gen 1, skrin AMOLED 120Hz 6.78″ dan kamera 200MP bermula ~RM1,628

HONOR baru-baru ini telah melancarkan siri telefon pintar 90 yang terdiri daripada model HONOR 90 dan HONOR 90 Pro di China. Daripada segi reka bentuk, tidak banyak yang berubah berbanding generasi sebelumnya. Siri ini mendapat peningkatan dengan ciri yang paling mengagumkan iaitu kamera utama 200MP dengan sensor ISOCELL HP3.

Varian Pro mempunyai cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan paparan AMOLED 10-bit 6.78 inci dengan resolusi 2700 x 1224 piksel. Panel ini dilengkapi dengan kadar penyegaran 120Hz, sokongan HDR dan kecerahan lebih 1,000 nit. Terdapat dua kamera swafoto yang terletak pada lubang tebuk berpusat dengan sensor 50MP dan 2MP dengan rakaman video 4K.

Bahagian belakang memiliki kamera utama 200MP dengan sensor 1/1.4”, ultra lebar 12MP FoV 112 darjah dan potret 32MP dengan zum optik 2.5x dan OIS. Bateri 5,000 mAh menyokong pengecasan 90W yang mengambil masa 15 minit untuk mengisi untuk pengecasan 56%. Ia juga dilengkapi dengan pembesar suara stereo dwi dan GPU Turbo X.

Spesifikasi lain termasuk MagicUI 7.1 berdasarkan Android 13, NFC dan 3840Hz UHF PWM dimming untuk penjagaan mata pengguna. HONOR 90 standard pula didatangkan dengan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits.

Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50 MP f/2.4 yang sama seperti varian Pro. Bahagian belakang turut terdapat kamera utama 200MP, ultra lebar 12MP dan kamera kedalaman 2MP. HONOR 90 menampilkan pengecasan 66W. Untuk pengetahuan, siri HONOR 90 tidak menyokong pengecasan wayarles.

Siri HONOR 90 tersedia dalam empat pilihan warna iaitu perak, hitam, hijau dan biru. Harga untuk versi Pro varian 12/256GB ialah CNY3,299 (~RM2,150), 16/256GB berharga CNY3,599 (~RM2,344) manakala 16/512 GB berharga CNY3,899 (~RM2,540).

Harga untuk versi standard varian 12/256 GB ialah CNY2,499 (~RM1,628), varian 16/256 GB ialah CNY2,799 (~RM1,823) manakala varian 16/512 GB berharga CNY2,999 (~RM 1,953). Namun, buat masa sekarang masih belum dipastikan bahawa bila ia akan dipasarkan secara global.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: HONOR 1|2

Exit mobile version