Site icon TechNave BM

Siri HONOR 90 dilancar di Malaysia: SD 7 Gen 1, skrin AMOLED 6.7″ dan kamera 200MP bermula RM1,099

HONOR Malaysia telah melancarkan siri HONOR 90 yang terdiri daripada HONOR 90 dan HONOR 90 Lite 5G. Siri kali ini tidak membawa banyak perubahan pada reka bentuknya tetapi terdapat peningkatan kamera seperti yang dinyatakan di bawah.

HONOR 90 Lite 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6020 5G dan paparan LTPS LCD 6.7 inci dengan resolusi FHD+. Panel ini dilengkapi dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan nisbah skrin ke badan 93.6%. Terdapat kamera swafoto 16MP yang terletak pada lubang tebuk atas tengah skrin.

Bahagian belakang memiliki kamera utama 100MP, kedalaman dan lebar 12MP dan makro 2MP. Kapasiti baterinya adalah 4,500mAh yang menyokong pengecasan 22.5W dan boleh didapati dalam warna Cyan Lake dan Midnight Black. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13, pengimbas cap jari di sisi, pengimbas wajah dan sambungan Wi-Fi 5.

HONOR 90 pula hadir dengan Snapdragon 7 Gen 1 dan skrin OLED 6.7 inci dengan 2664 x 1200 piksel, 1 bilion warna, kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan puncak ialah 1,600 nits. Ia mempunyai RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 512GB.

Skrinnya menggunakan panel AMOLED Quad Curved 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, 1.07 bilion warna, DCI-P3 100%, HDR 10+, kecerahan puncah 1600 nit dan resolusi 2664×1200 piksel. Ia diperakui oleh TÜV Rheinland Flicker Free untuk perlindungan mata.

Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50 MP f/2.4 manakala bahagian belakang terdapat kamera utama 200MP, ultra lebar dan makro 12MP serta kamera kedalaman 2MP. Terdapat beberapa fungsi pada peranti ini seperti potret, high res, video kualiti AI dan banyak lagi

HONOR 90 juga menampilkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan 66W. Spesifikasi lain termasuk MagicOS 7.1 berdasarkan Android 13, sambungan Wi-Fi 6 dan dwi-SIM. Untuk pengetahuan, siri HONOR 90 tidak menyokong pengecasan wayarles.

Di bawah adalah spesifikasi ringkas untuk siri HONOR 90:

HONOR 90

HONOR 90 Lite 5G

HONOR 90 disediakan dalam empat pilihan warna iaitu perak, hijau dan biru yang boleh didapati dalam varian 12/256GB pada RM1,799 dan 12/512GB berharga RM2,099. HONOR 90 Lite 5G pula membawa satu varian 8/256 GB pada RM1,099.

Nampkanya, varian Pro tidak termasuk dalam pasaran Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version