Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic baharu bakal dilancar dalam acara Mobile World Congress pada 28 Februari

HONOR telah mengumumkan bahawa mereka akan menghadiri Mobile World Congress di Barcelona, ​​Sepanyol. Bukan itu sahaja, syarikat itu juga telah memberi sedikit pendedahan mengenai siri Magic baharunya.

Poster promosi “The Power of Magic” menunjukkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar siri Magic baharu dalam acara HONOR Global Product Launch pada 28 Februari jam 1:00 tengah hari CET. Ia dijangka menampilkan siri Honor Magic4 menggantikan siri Magic3.

Terdapat beberapa jangkaan bahawa siri Magic4 mungkin hadir dengan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 yang turut tersedia dalam HONOR Magic V. Masih tiada sebarang maklumat mengenai siri Honor Magic4 tetapi kami menjangka butiran mengenai telefon pintar akan didedahkan menjelang pelancarannya.

Berkemungkinan juga HONOR mengekalkan barisan seperti siri HONOR Magic3 yang terdiri daripada HONOR Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro Plus. Terdapat juga kemungkinan lain di mana syarikat itu akan mengumumkan pelancaran global telefon pintar boleh lipat HONOR Magic V atau beberapa peranti lain seperti komputer riba atau tablet MagicBook.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina 

Exit mobile version