Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic3 sah akan dilancar pada 12 Ogos ini

Dua hari lalu, kami telah melaporkan bahawa HONOR akan mengadakan acara HONOR Global Press Conference pada 12 Ogos ini, namun mereka tidak mengesahkan sebarang gajet yang akan dilancarkan. Kini, mereka telah memberitahu bahawa mereka akan melancarkan siri HONOR Magic3 pada hari tersebut.

Melihat kepada gambar jemputan media, siri HONOR Magic3 ini mempunyai slogan “Beyond Epic” dan menunjukkan bonggolan kamera peranti itu. Gambar itu juga menggunakan perkataan “Series”, jadi ini menandakan lebih dari satu peranti akan dilancarkan.

Sebelum ini, HONOR mengesahkan bahawa siri Magic3 akan hadir dengan sokongan Google Mobile Services (GMS). Manakala untuk spesifikasi lain, ianya masih lagi belum diketahui. Untuk pengetahuan anda, kali terakhir peranti dari siri HONOR Magic dilancar adalah pada tahun 2018 yang lalu.

Apa pun, nantikan pelancaran siri HONOR Magic3 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version