Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic4 akan dilancar pada 12 Mei 2022

HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar terbaharu, HONOR Magic4, pada hari Khamis 12 Mei 2022 di London, United Kingdom (UK). Pengesahan tarikh ini diumum selepas ia disenaraikan secara rasmi di HONOR Perancis dan UK.

Sewaktu ia diumum pada awal tahun ini, siri itu terdiri daripada HONOR Magic4 dan HONOR Magic4 Pro. Siri telefon itu dijangka akan mempunyai spesifikasi kategori andalan seperti cipset Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 100W dan skrin AMOLED LTPO dengan kadar segar semula 120Hz berukuran 6.81 inci.

Sebelum ini, kami telah pun mendapat akses awal terhadap telefon tersebut dalam acara Mobile World Congress 2022 di Barcelona dan ia menawarkan pelbagai fungsi fotografi dan spesifikasi canggih.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version