Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic5 dan Magic Vs akan dilancar di MWC 2023 pada 27 Februari ini

Nampaknya, Mobile World Congress (MWC) semakin mendekat yang akan diadakan pada 27 Februari ini. Seperti biasa, akan terdapat pelbagai jenis peranti dan teknologi yang akan diperkenalkan daripada jenama-jenama terkenal.

HONOR adalah salah satu jenama yang turut akan memperkenalkan telefon andalannya iaitu siri HONOR Magic5 dan Magic Vs. Bagi mereka yng tidak tahu, HONOR Magic Vs merupakan telefon lipat pertama HONOR yang akan dilancarkan secara global .

Acara MWC 2023 akan diakadan di Barcelona seperti tahun lepas. Untuk peminat HONOR, anda boleh menonton pelancaran tersebut secara langsung pada 27 Februari, 8.30 malam di halaman Facebook HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR.

HONOR Magic Vs akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8+ Gen 1 dan mempunyai dua varian memori iaitu 8GB + 256GB atau 12GB + 256GB/512GB, baterinya 5,000mAh dengan sokongan teknologi HONOR SuperCharge berwayar 66W dan sistem operasi MagicOS 7.0 berdasarkan Android 12.

Anda boleh klik di sini untuk lihat dan tahu lebih lanjut mengenai HONOR Magic Vs. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version