Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic5 dilancar: Cipset SD 8 Gen 2, 3 kamera 50MP, skrin AMOLED 120Hz bermula ~RM4,260

Dalam temasya Mobile World Congress (MWC) Barcelona pada hari ini, HONOR telah melancarkan siri telefon pintar andalan terbaru untuk tahun 2023 iaitu HONOR Magic5 yang terdiri daripada HONOR Magic5 dan HONOR Magic5 Pro.

Kedua-dua telefon ini dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk telefon andalan tahun ini, seperti cipset Snapdragon 8 Gen 2, skrin dengan kadar segar semula sehingga 120Hz dan pengecasan pantas 66W.

Perbezaan yang ketara di antara dua varian ini adalah daripada segi kamera, di mana varian Magic5 Pro mempunyai kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto periskop 50MP, manakala Magic5 standard mempunyai kamera utama 54MP, kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 32MP.

Perbezaan kamera telefoto ini bermaksud kamera Magic5 Pro boleh zum sejauh 100 kali, manakala Magic5 cuma boleh zum sejauh 50 kali sahaja.

Daripada segi reka bentuk, kedua-dua varian mempunyai rekaan yang sama namun Magic5 Pro mempunyai bonggol kamera yang lebih besar sedikit berbanding Magic5 standard. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri Magic 5:

HONOR Magic5

HONOR Magic5 Pro

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri Magic5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version