Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic6 akan tampilkan warna biru tasik dan kamera ‘kusyen’

Laporan sebelum ini mendedahkan siri HONOR Magic6 akan dilancarkan pada 11 Januari 2024. Sebelum pelancarannya, CEO Honor Terminal Co., Ltd., Zhao Ming memaparkan reka bentuk telefon ini terlebih dahulu.

Reka bentuk modul kamera dengan bentuk ‘kusyen’ dan lensa bulat memberikan kesan tiga dimensi. Telefon ini mempunyai tri-kamera dengan zum 100X dan penutup belakang berwarna ‘Biru Tasik’ dengan corak aliran air.

Reka bentuk ini diilhamkan oleh sejarah peradaban dan kecantikan semula jadi dengan bayangan luaran menggunakan bentuk ‘kusyen’ klasik. Warna, bahan dan sentuhan (CMF) juga akan hadir dengan penggabungan estetika ‘bulat’ mewakili keindahan gunung dan tasik China.

Blogger @DigitalChatterStation menunjukkan reka bentuk HONOR Magic6 Pro di mana ia turut diuji untuk pelbagai teknologi termasuk pengenalan muka 3D ToF, lensa teleskop periskop 160 juta piksel dan komunikasi satelit. Model BVL-AN16 dijangkakan sebagai HONOR Magic 6 Pro dengan pengecasan pantas 100W.

Pengesahan rasmi juga menyatakan siri HONOR Magic6 akan dilengkapi dengan teknologi komunikasi satelit Hongyan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version