Site icon TechNave BM

Siri HONOR Magic6 dilancar, bakal tiba di Malaysia pada 16 Januari ini

Semalam, HONOR telah melancarkan siri perdana Magic dengan menampilkan Magic6 dan Magic6 Pro di China. Kedua-dua Magic6 dan Magic6 Pro kelihatan serupa pada pandangan pertama namun terdapat sedikit perbezaan.

Selain daripada menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 3, varian pro hanya lebih tinggi sedikit dengan paparan OLED 120Hz 6.8-inci berbanding 6.78-inci serta mempunyai storan memori yang lebih besar sehingga 1TB. Kamera swafoto untuk kedua-dua telefon adalah sama dengan sensor 50MP (walaupun Pro mempunyai kamera 3D Depth tambahan).

Kamera yang digunakan pada bahagian belakang juga berbeza dengan Magic6 Pro menggunakan kamera utama 50MP, telefoto 180MP dan ultralebar 50MP. Bagi Magic6 pula berbeza untuk kamera telefoto dengan penggunaan sensor 32MP. OIS tersedia untuk kedua-dua kamera utama dan telefoto.

Magic 6 Pro juga mempunyai pek bateri yang lebih besar dengan 5,600mAh dengan pengecasan pantas HONOR berwayar 80W dan pengecasan wayarles 66W. Sementara itu, bateri Magic6 pula berkapasiti 5,450mAh dengan pengecasan pantas 66W dan wayarles 50W.

Menariknya, varian pro mempunyai komunikasi satelit dan kedua-dua telefon mempunyai fungsi seperti Pulau Dinamik pada kamera hadapan. Berikut adalah adalah harga rasmi di China: 

HONOR Magic6:

HONOR Magic6 Pro:

HONOR Magic V2 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Januari 2024. Saksikan strim langsung pelancaran di laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada jam 8 malam. Maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 boleh didapati pada laman rasmi HONOR Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version