Site icon TechNave BM

Siri HONOR Play4 dilancarkan: Kirin 990, pengecasan 40W, fungsi pengukuran suhu bermula ~RM1,080

HONOR telah melancarkan siri Play4 di China pada hari ini yang terdiri daripada HONOR Play4 dan HONOR Play4 Pro. Antara beza utama di antara kedua-dua varian tersebut adalah pada cipset, di mana HONOR Play4 Pro dilengkapi cipset Kirin 990 manakala HONOR Play4 pula dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 800.

Yang menarik tentang Play4 Pro juga adalah ia menampilkan fungsi ukuran suhu yang pertama dalam industri telefon pintar. Ia boleh digunakan untuk mengukur suhu manusia, haiwan dan pelbagai objek serta mampu mengukur di antara -20°C hingga 100°C. Untuk mengukur suhu, telefon tersebut perlu diletakkan hampir dengan objek yang ingin diukurkan.

Selain itu, HONOR Play4 Pro juga mempunyai element ‘mecha‘ yang menampilkan garisan-garisan mekanikal dan corak tekstur sarang lebah. HONOR Play4 Pro juga bekerjasama dengan Honkai Impact 3 untuk melancarkan tiga jenis warna, biru Mecha Blue, Icelandic Illusion dan hitam Magic Night.

Berikut adalah spesifikasi HONOR Play4 Pro:

Berikut adalah spesifikasi HONOR Play4:

Masih tiada maklumat tentang keberadaannya untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki HONOR Play4 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version