Site icon TechNave BM

Siri HONOR V40 dikesan dalam laman web e-dagang China

Berita tentang HONOR V40 semakin hangat diperbualkan baru-baru ini sebagai telefon pertama daripada jenama tersebut selepas perpisahannya dengan HUAWEI. Kini sebuah laman web e-dagang China, JD.com, telah pun memberi petunjuk lanjut tentang telefon tersebut apabila ia mungkin dilancar pada bulan Januari 2021.

Siri HONOR V40 terdiri daripada HONOR V40, HONOR V40 Pro, HONOR V40 Pro+ dan HONOR V40 Commemorative Edition di mana masing-masing akan dilengkapi cipset yang berlainan. Menurut maklumat awal, HONOR V40 akan dilengkapi Dimensity 1000+, V40 Pro Edition akan dilengkapi Exynos 1080, V40 Pro+ akan dilengkapi Snapdragon 888 dan V40 Commemorative Edition akan dilengkapi Kirin 9000.

Ruang HONOR V40 dalam laman web JD.com
Khabar angin tentang cipset HONOR V40

Walau bagaimanapun, kerajaan Amerika Syarikat masih belum mengesahkan jika HONOR boleh menggunakan komponen dari negara itu. Siri HONOR V40 mungkin turut dilengkapi pengecasan pantas 66W, skrin AMOLED 120Hz dan kamera utama 50MP dengan sensor Sony IMX700 RYYB.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HONOR V40 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version