Site icon TechNave BM

Siri HONOR X bakal dilancar di Malaysia pada 29 Mac ini

HONOR akhirnya mengumumkan 29 Mac ini sebagai tarikh acara pelancaran bagi siri HONOR X untuk pasaran Malaysia. HONOR akan membawa siri X termasuk X9, X8, serta X7 ke pasaran dan bukannya siri HONOR Magic4. Selain itu, terdapat juga komputer riba yang bakal menyertai siri itu.

Sebelum pelancaran, HONOR telah berkongsi ujian ketahanan yang dilakukan pada peranti tersebut. Menurut kenyataan rasmi HONOR, siri X telah melalui ujian yang ketahanan badan sehingga 2,000 kali, ujian pad sentuh sebanyak 800,000 kali dan ujian hakisan semburan garam berterusan selama 24 Jam.

Untuk pengetahuan, HONOR X9 didapati hanya mempunyai kadar keburukan 3.8% selepas tiga tahun penggunaan. Perlu dinyatakan bahawa HONOR telah pun memperkenalkan peranti tersebut di beberapa negara lain.

HONOR X7 hadir dengan paparan HD+ 6.7 inci dan cipset MediaTek Dimensity 700 manakala HONOR X8 memaparkan saiz skrin yang sama dengan kadar penyegaran 90Hz dan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 680. HONOR X9 pula tiba dengan LCD IPS 6.8 inci dan cipset Qualcomm Snapdragon 695.

Adakah anda menunggu peranti HONOR terbaharu? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version