HUAWEI hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran buat dua telefon pintar, Enjoy 20 5G dan Enjoy 20 Plus 5G, iaitu pada 3 September jam 2:00 petang di China. Pengumuman tersebut diumumkan melalui sebuah poster dalam Weibo.
Poster tersebut menunjukkan dua telefon pintar, di mana Enjoy 20 Plus 5G mempunyai bonggol kamera berbentuk bulat manakala Enjoy 20 5G mempunyai bonggol kamera petak. Berdasarkan laporan sebelum ini, Enjoy 20 5G akan dijual pada harga CNY1,000 (~RM607), menjadikannya telefon 5G termurah daripada HUAWEI manakala Enjoy 20 Plus 5G pula akan dijual pada harga bermula 1,899 Yuan (~RM1,147).
Enjoy 20 5G dikhabarkan akan dilengkapi skrin Full HD+ 6.5 inci dengan nisbah aspek 20:9, bateri 5,000mAh, RAM 4/6/8GB, storan 64/128GB, kamera 13MP+5MP+2MP dan kamera swafoto 8MP. Enjoy 20 Plus 5G pula dikhabarkan akan dilengkapi skrin IPS LCD yang lebih besar iaitu 6.63 inci, bateri 4,200mAh, pengecasan 40W, RAM 6/8GB, storan 64/128GB, kamera 48MP+8MP+2MP dan kamera swafoto pop-up 16MP.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI Enjoy 20 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

