Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI Enjoy 20 5G dilancarkan: Skrin 90Hz + cas pantas 40W bermula ~RM1,030

Terkini, HUAWEI telah melancarkan siri telefon pintar 5G yang terbaru di pasaran China, HUAWEI Enjoy 20 5G dan HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G. Apa yang menariknya, peranti ini menawarkan reka bentuk yang menarik dan harga yang berpatutan dalam segmen telefon 5G.

HUAWEI Enjoy 20 5G merupakan versi standard dari siri ini. Namun, ia dilengkapi penjanaan cipset yang sama dengan variannya yang lebih tinggi, Enjoy 20 Plus 5G. Terdapat perbezaan dari segi pilihan warna, kapasiti bateri, tetapan kamera, reka bentuk dan saiz paparan. Anda boleh membaca spesifikasi HUAWEI Enjoy 20 seperti di bawah.

HUAWEI Enjoy 20 5G

HUAWEI Enjoy 20 Plus 5G

Harga rasmi di pasaran China yang dipaparkan telah ditukarkan ke nilai mata wang Ringgit Malaysia:

Apa pun, setakat ini, kami ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version