Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI Mate 40 bakal hadir dengan cipset Kirin 5nm baru, skrin 120Hz Oktober ini

Sebelum ini, anda pasti pernah mendengar khabar angin tentang pelancaran siri HUAWEI Mate 40 yang mungkin ditangguhkan. Namun, sumber terkini melaporkan siri HUAWEI Mate 40 bakal dilancarkan pada jadual yang telah ditetapkan.

Jadual pelancaran tanpa perubahan ini adalah kerana cipset Kirin terbaru yang bakal menghuni siri HUAWEI P40 tidak ditangguhkan. Tambah sumber, HUAWEI memerlukan cip 5nm, 7nm, 16nm dan 28nm. Jadi, cipset 5nm bakal dilancarkan pada sebelum pertengahan bulan September ini.

Menurut laporan, siri HUAWEI Mate 40 dijadualkan untuk dilancarkan dengan cipset Kirin 5nm pada Oktober ini. Namun, cipset 5nm ini masih tiada rasmi (mungkin Kirin 1000 atau Kirin 1020). Sebagai tambahan, terdapat sumber terdahulu mendedahkan senarai peranti dengan skrin 120Hz termasuklah siri HUAWEI Mate 40.

Adakah anda sedang menunggu siri HUAWEI P40 dengan cipset Kirin terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: 1 | 2

Exit mobile version