Site icon TechNave BM

Siri Huawei Mate 40 untuk pasaran luar China mungkin tidak dilengkapi cipset Kirin

Menurut maklumat daripada sumber, siri telefon pintar flagship Huawei Mate 40 yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi mungkin tidak akan dilengkapi cipset HiSilicon Kirin seperti sebelum ini. Sebaliknya, syarikat itu mungkin akan menggunakan cipset daripada syarikat lain seperti yang dilakukan oleh Samsung.

Maklumat ini diberi diberikan oleh Teme iaitu pembocor berita yang terkenal dengan maklumat awal tentang peranti Huawei dan HONOR. Siri Mate 40 yang dilengkapi cipset Kirin 1000 mungkin adalah khusus untuk pasaran China, manakala untuk varian yang dipasarkan ke luar negara pula mungkin akan dilengkapi cipset Qualcomm atau MediaTek.

Menurut beliau, Huawei akan menggunakan strategi seperti Samsung dalam menjualkan perantinya dengan dua varian cipset mengikut tempat pasaran yang dijual. Ini adalah kerana kekangan yang dirasai oleh HiSilicon berikutan larangan yang dikenakan kepada syarikat itu.

Walaupun masih tidak pasti cipset yang manakah akan diguna, Teme meramal bahawa Snapdragon 865 Plus akan digunakan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version