Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI Mate40 dilancar: Kirin 9000 5G, kamera 50MP, cas 66W bermula ~RM4,407

Terkini, HUAWEI telah melancarkan peranti terbaru siri Mate yang terdiri daripada HUAWEI Mate40, HUAWEI Mate40 Pro, HUAWEI Mate40 Pro+ dan PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate40 RS. Kesemua peranti ini hadir dengan rekaan yang menyerlah dan spesifikasi yang menarik.

Antara spesifikasi menarik yang hadir pada siri HUAWEI Mate40 adalah janaan cipset proses 5nm Kirin 9000 5G dan sokongan pengecasan pantas 66W. Dilengkapi kamera utama Ultra Vision 50MP, ia juga hadir dengan pelbagai ciri fotografi dan rakaman video yang menarik. Anda boleh menyemak spesifikasi asas kesemua peranti seperti di bawah.

HUAWEI Mate40 Pro+

Siri HUAWEI Mate40 ini dilengkapi ciri rakaman video seperti zum bunyi dalam video (Audio Zoom), rakaman XD Fusion HDR Video dan sokongan anti gegar. Untuk ciri fotografi pula, peranti-peranti baru ini dilengkapi ciri Anti-Distort yang menghasilkan kualiti gambar seperti gambar asal walaupun anda menggunakan lensa ultra lebar.

HUAWEI Mate40 Pro

HUAWEI Mate40 Pro tidak mempunyai banyak spesifikasi berbeza dengan Mate40 Pro+ melainkan ciri kamera utamanya. Pilihan warna untuk Mate40 Pro dan Pro+ juga berbeza seperti yang dipaparkan dalam gambar.

HUAWEI Mate40

Untuk HUAWEI Mate40, ia mempunyai beberapa spesifikasi yang lebih banyak berbeza berbanding varian tertinggi Mate40 Pro+. Antaranya adalah pilihan warna, tetapan kamera utama, saiz skrin dan kapasiti bateri.

Lebih menarik, HUAWEI kali ini berkolaborasi bersama PORSCHE DESIGN untuk menghasilkan PORSCHE DESIGN HUAWEI Mate40 RS. Varian edisi khas ini memiliki spesifikasi lebih kurang sama seperti HUAWEI Mate40 Pro+ kecuali rekaannya. Ia akan dijual pada harga €2,295 (~RM11,250).

Adakah anda berminat untuk memiliki sebuah telefon HUAWEI Mate40 apabila ia sampai ke dalam pasaran Malaysia nanti? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version