Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI Mate50 mungkin tidak akan dilancar sehingga suku kedua 2022

HUAWEI dilihat sedang menghadapi tahun yang sukar terutamanya pada bisnes telefon pintar mereka. Halangan oleh kerajaan Amerika Syarikat masih lagi berlangsung dan telah menyebabkan penangguhan pelancaran telefon pintarnya terutamanya telefon andalan mereka. Disebabkan ini, sumber terbaru menyatakan bahawa generasi baru siri Mate tidak akan memasuki pasaran pada tahun ini sebaliknya pada tahun hadapan.

Mengikut sumber, siri Mate50 ini mungkin akan dilancarkan pada hujung suku kedua tahun hadapan iaitu 9 bulan dari sekarang. Sumber juga menyatakan bahawa HUAWEI mungkin akan melancarkan dua varian berbeza iaitu varian 4G dan 5G dengan cipset Snapdragon dan Kirin. Cipset Snapdragon dikatakan akan menyokong jaringan 4G dan cipset Kirin dengan jaringan 5G. HUAWEI tidak boleh menggunakan cipset Snapdragon yang menyokong 5G juga kerana halangan dari Amerika Syarikat.

HUAWEI Mate40

Selain itu, sumber juga menyatakan bahawa HUAWEI akan hanya melancarkan satu siri andalan mereka setiap tahun berbanding dua setiap tahun. Jadi, ini bermakna kita mungkin tidak akan mendapat penyambung kepada siri HUAWEI P50 pada tahun hadapan.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version