Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI nova 10 dilancar di Malaysia: SD 778 4G, skrin 120Hz dan cas 100W bermula RM1,499

Selain siri Mate 50, HUAWEI juga telah membawa siri nova 10 ke Malaysia. Tiga peranti dalam siri ini iaitu nova 10, nova 10 Pro dan nova 10 SE. HUAWEI nova 10 dan 10 Pro menggunakan paparan OLED yang menyokong kadar penyegaran sehingga 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz.

Bagaimanapun, saiz skrin nova 10 lebih kecil sedikit pada 6.67 inci dengan FHD+ 2400×1080 piksel manakala varian pada Pro berukuran 6.78 inci dengan FHD+ 1200×2652 piksel. Kedua-dua peranti memuatkan cipset Qualcomm Snapdragon 778G 4G dipasangkan dengan RAM 8GB dan storan dalaman 256GB.

Tambahan, nova 10 mempunyai bateri 4,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 66W dan nova 10 Pro pula 4,500mAh dengan pengecasan pantas 100W. Terdapat tiga kamera pada bahagian belakang dengan kamera utama 50MP (apertur f/1.9 untuk nova 10 dan f/1.8 untuk nova 10 Pro), ultra lebar 8MP dan kedalaman 2MP.

Kedua-duanya juga menggunakan kamera swafoto 60MP tetapi varian Pro mempunyai kamera Potret 8MP tambahan. nova 10 SE menggunakan skrin OLED 6.67 inci yang menyokong kadar penyegaran sehingga 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 270Hz. Ia mempunyai cipset Snapdragon 680G 4G bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Baterinya berkapsiti 4,500mAh dan menyokong pengecasan 66W. Bahagian belakangnya terdapat tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 108MP, ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Sementara itu, bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 16MP.

HUAWEI nova 10 Pro

HUAWEI nova 10

HUAWEI nova 10 SE

HUAWEI nova 10 dan nova 10 Pro boleh didapati dalam warna Starry Silver dan Starry Black, masing-masing berharga RM2,199 dan RM2,599. Bagi nova 10 SE, model itu didatangkan dalam warna Mint Green dan Starry Black dengan harga RM1,499. nova 10, nova 10 Pro dan nova 10 SE akan tersedia untuk tempahan dari 12 November hingga 17 November 2022.

Tempahan peranti ini bakal memberi anda beberapa ganjaran eksklusif HMS. Bagi nova 10 dan nova 10 Pro, pembeli bakal menerima HUAWEI Watch Fit percuma. Apakah pendapat anda tentang peranti siri nova 10?

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version