Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI nova 11 dilancar di Malaysia: OLED 6.78″, cas pantas 100W, dwi-kamera hadapan bermula RM1,299

Pada hari ini, HUAWEI Malaysia telah memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu HUAWEI nova 11 yang terdiri daripada tiga varian utama: HUAWEI nova 11i, HUAWEI nova 11 dan HUAWEI nova 11 Pro.

Siri nova 11 memperkenalkan teknologi fotografi XD Portait dan HUAWEI Multi-Vision Photography untuk menghasilkan potret yang cantik untuk telefon kelas pertengahan. Untuk nova 11 Pro dan nova 11, ia dilengkapi kamera utama Ultra Vision Camera 50MP dengan unit pengimejan RYYB Ultra Vision dan kamera ultra-lebar makro 8MP.

Khas untuk nova 11 Pro, ia mempunyai dua kamera swafoto di hadapan iaitu kamera ultra-lebar 60MP dan kamera potret 8MP Close-up Portrait Front Camera untuk kualiti mod potret yang lebih cantik.

nova 11 dan nova 11 Pro juga mempunyai skrin yang dibina dengan kaca Kunlun Glass untuk ketahanan tertinggi, menjadikannya siri nova pertama yang dilengkapi teknologi kaca tersebut.. Ini adalah kaca sama yang terdapat pada telefon andalan oleh HUAWEI, seperti HUAWEI P60.

Siri ini juga mempunyai teknologi pengecasan pantas yang canggih, di mana nova 11 Pro menyokong kadar pengecasan yang sangat tinggi iaitu 100W. nova 11 pula menyokong kadar 66W dan nova 11i dengan kadar 40W.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk siri HUAWEI nova 11:

HUAWEI nova 11i

HUAWEI nova 11

HUAWEI nova 11 Pro

Siri HUAWEI nova 11 boleh didapati di laman web HUAWEI Malaysia, Shopee dan Lazada bermula 7 Julai 2023. Pembeli yang mendapatkannya sebelum 23 Julai 2023 akan menerima hadiah bernilai sehingga RM219.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version