Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI nova 14 dilancar di Malaysia: OLED 120Hz, cas pantas 100W, kamera 50MP bermula RM1,299

HUAWEI Malaysia hari ini memperkenalkan siri telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu nova 14 yang terdiri daripada HUAWEI nova 14 Pro, HUAWEI nova 14 dan HUAWEI nova 14i.

Siri nova kali ini memperkenalkan rekaan Star Orbit Ring yang baharu dan ditawarkan dalam warna biru Crystal Blue, putih atau hitam. Untuk skrin, nova 14 Pro menampilkan skrin 6.78 inci dengan bahagian sisi yang melengkung, nova 14 mempunyai skrin 6.7 inci yang rata sepenuhnya manakala nova 14i mempunyai skrin 6.95 inci yang rata sepenuhnya.

HUAWEI nova 14 Pro

nova 14 Pro mempunyai kamera Ultra Portrait Autofocus 50MP dengan sensor Ultra Chroma untuk mengambil gambar dengan warna yang terang dan butiran tinggi. Varian ini juga merupakan yang tercanggih dalam siri nova 14, di mana ia mempunyai cipset Kirin 8020 dan pengecasan pantas 100W.

nova 14 standard pula mempunyai pelbagai spesifikasi yang sama dengan nova 14 Pro, kecuali pada kamera hadapan (ia hanya mempunyai satu kamera hadapan) dan cipset (ia menggunakan Kirin 8000).

HUAWEI nova 14

nova 14i merupakan varian yang paling murah dan ia dilengkapi spesifikasi paling bawahan dalam siri ini, namun sudah cukup untuk penggunaan harian yang asas. Berikut merupakan spesifikasi penuh untuk siri HUAWEI nova 14

HUAWEI nova 14 Pro

HUAWEI nova 14

HUAWEI nova 14i

Pra-tempahan untuk siri nova 14 akan dibuka bermula hari ini di laman web HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Pelanggan awal boleh menikmati hadiah bernilai RM298, termasuklah HUAWEI Band 10, HUAWEI Scale 3 dan baucar RM100.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri HUAWEI nova 14 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version