Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI nova 8 dilancar: Kirin 985, cas pantas 66W, 2 kamera swafoto 32MP bermula ~RM2,051

HUAWEI kini telah melancarkan satu lagi ahli dalam siri HUAWEI nova 8 iaitu HUAWEI nova 8 dan HUAWEI nova 8 Pro di pasaran China. Pada November yang lalu, HUAWEI nova 8 SE dilancar terlebih dahulu.

Antara spesifikasi menarik pada peranti ini adalah kemampuan untuk vlog menggunakan kamera swafoto, cas pantas 66W dan kadar segar semula 120Hz. Anda boleh menyemak spesifikasi asasnya seperti di bawah.

HUAWEI nova 8 Pro

HUAWEI nova 8

Apa yang menarik pada siri ini adalah kemampuan merakam vlog melalui HUAWEI nova 8 Pro dengan sokongan video swafoto ultra lebar 100 darjah, anti gegar AIS dan pelbagai ciri fotografi lain.

Antara perbezaan ada kedua-dua peranti ini adalah saiz skrin, kapasiti bateri, kamera swafoto dan sokongan kadar segar semula. Setakat ini, peranti ini hanya dipasarkan di pasaran China sahaja. Memandangkan pasaran Malaysia terdahulu ada menerima siri HUAWEI nova 7, makan tidak mustahil untuk kita menerima kehadiran peranti ini pada hari akan datang.

Harga HUAWEI nova 8:

Harga HUAWEI nova 8 Pro:

Adakah anda bemrinat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version