Selepas melancarkan nova 8 dan nova 8 Pro pada bulan Disember tahun lalu, nampaknya syarikat pengeluar telefon HUAWEI tidak menunggu lama untuk memperkenalkan siri nova 9 yang dijangka tiba pada bulan September ini. Menurut sumber dari China, telefon ini mungkin akan dilancarkan pada pertengahan September.
Peranti nova 9 dikatakan mempunyai reka bentuk serta warna yang lebih menarik berbanding siri HONOR 50. Namun, kami masih belum menerima sebarang maklumat tentang cipset apa yang bakal digunakan untuk telefon ini. Peranti ini akan hadir dengan sambungan 5G dan berbaloi untuk dimiliki mengikut sumber tersebut.
Menyentuh mengenai reka bentuk, khabar angin sebelum ini menyatakan bahawa nova 9 menggabungkan beberapa reka bentuk seperti siri P50, nova 8 dan Mate 50 yang pada ketika ini tidak dapat dilancarkan kerana terdapat sekatan daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Adakah anda menantikan siri HUAWEI nova 9 ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

