Site icon TechNave BM

Siri Huawei P40 bakal hadir di Malaysia, sah diluluskan SIRIM

Baru sahaja semalam kami memaklumkan tarikh pelancaran global siri Huawei P40 pada 26 Mac ini. Seperti biasa, pengguna teknologi pastinya akan menunggu tarikh ketibaan peranti selepas pelancarannya. Ada yang mengambil masa yang lama dan ada yang tidak mengambil masa yang lama untuk hadir ke Malaysia.

Untuk peminat siri Huawei P40, berita ini mungkin menggembirakan anda! Huawei P40 5G dilaporkan telah muncul dalam penyenaraian data SIRIM. Ini bermakna ianya sah diluluskan SIRIM dan bakal hadir di Malaysia dalam masa yang terdekat. Berita ini dilaporkan melalui akaun Twitter @KevinNgTK semalam.

Untuk melihat berita khabar angin yang lepas, anda boleh klik pada pautan ini. Adakah anda berminat untuk menyambar siri Huawei P40? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Twitter @KevinNgTK

Exit mobile version