Site icon TechNave BM

Siri Huawei P40 dilancarkan di Malaysia: Kamera AI Ultra Vision Leica 50MP, Kirin 990 bermula RM2,799

Jika anda masih tidak tahu, siri Huawei P40 dilancarkan terdahulu secara global dengan prestasi kamera yang mengancam. Huawei kini membawa siri Huawei P40 ke pasaran Malaysia melalui sebuah acara pelancaran dalam talian hari ini.

Sebelum anda menelusuri spesifikasi siri Huawei P40, anda perlu tahu bahawa Huawei P40 Pro menduduki tangga tertinggi dalam kategori kamera dan selfie melalui penanda aras DxOMark (boleh lihat ringkasan ujian DxOMark yang disertakan di bawah). Mengenai spesifikasi Huawei P40, P40 Pro dan P40 Pro+ yang menonjol, ketiga-tiga peranti ini hadir dengan cipset Kirin 990 5G dan sistem operasi EMUI 10.1 berdasarkan Android 10. Perbezaan yang ketara di antara mereka adalah saiz skrin, di mana P40 mempunyai skrin 6.1 inci dengan resolusi 2340 x 1080, manakala P40 Pro dan P40 Pro+ mempunyai skrin Quad-curve Overflow berukuran 6.58 inci dengan resolusi 2640 x 1200 dan kadar refresh 90Hz.

hdr

Huawei P40

Huawei P40 Pro

Huawei P40 Pro+

Huawei P40 boleh didapati dengan harga RM2,799, manakala Huawei P40 Pro dengan harga RM3,899 dan Huawei P40 Pro+ dengan harga RM4,999. Apa yang menariknya, anda boleh menempahnya di laman web Huawei atau Lazada bermula 3 sehingga 10 April ini dan anda layak menerima hadiah bernilai RM1,300! Penghantaran produk dijangkakan akan bermula pada 11 April.

Adakah anda akan menyambar salah satu daripada siri Huawei P40 ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version