Site icon TechNave BM

Siri Huawei P40 mungkin dijual dengan harga lebih murah?

Berdasarkan kenyataan daripada @RODENT950 di Twitter, nampaknya siri Huawei P40 yang akan datang dengan harga mungkin lebih murah, kerana ianya tidak dilengkapi dengan Google Mobile Services. Ciapan itu juga ada menyebut dengan menjangkakan harga telefon pintar itu berkemungkinan di antara RMB3599 (RM2116) hingga RMB6599 (RM3881).

Dengan itu, siri Huawei P40 akan menampilkan Huawei Mobile Service sama seperti Huawei Mate 30 Pro. Hakikatnya ini hanyalah khabar angin saja, kerana Huawei masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai potongan harga untuk telefon pintar yang dinanti-nantikan itu.

Masih belum ada maklumat rasmi mengenai tarikh pelancaran rasmi di Malaysia, spesifikasi teknologi yang lengkap serta harga peranti itu buat masa ini. Adakah anda berminat untuk mendapatkan siri Huawei P40 sebaik sahaja ia tersedia di Malaysia? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini dari rakan teknologi utama Malaysia.

Exit mobile version