Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI P50 bakal hadir dengan skrin 120Hz, ciri Zum Binokular 200x

Di sebalik kemelut dengan kerajaan AS, HUAWEI dilihat masih lagi menapak teguh dalam industri telefon pintar. Selain rancak melancarkan komputer riba dan peranti lain, HUAWEI turut dilapor melancarkan siri HUAWEI P50 pada tahun ini. Terkini, terdapat beberapa jangkaan spesifikasi siri HUAWEI P50 telah muncul.

Menurut sumber tidak rasmi (bukan pihak HUAWEI), siri HUAWEI P50 bakal terdiri daripada beberapa model dengan kadar segar semula di antara 90Hz hingga 120Hz. Ia juga bakal dijana oleh cipset Kirin 9000 atau Kirin 9000e.

Selain itu, sumber turut menyatakan bahawa siri HUAWEI P50 bakal dilengkapi ciri zum binokular sehingga 200x! Semestinya kita sudah sedia maklum bahawa peranti HUAWEI ini bakal menggunakan sistem pengimejan LEICA. Namun, zum binokular 200x adalah ciri baru yang mungkin bakal menarik perhatian peminat.

Tambah sumber, peranti ini turut dilapor menyokong cas oantas berwayar 66W + 55W wayarles (versi standard) dan berkemungkinan, varian tinggi siri ini bakal dilengkapi cas pantas 135W. Ia juga bakal hadir dengan 4 pembesar suara dan badan peranti dikatakan lebih ringan berbanding siri HUAWEI Mate40.

Apakah pendapat anda mengenai jangkaan spesifikasi ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version