Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI P50 masuki pasaran H1 2021, mungkin dilengkapi Kirin 9000 dengan skrin dari Samsung/LG

Buat masa ini, HUAWEI sedang berusaha untuk mengorak strategi untuk menarik minat orang ramai setelah bisnesnya diganggu oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak tahun lalu. Terbaru, sumber menyatakan bahawa HUAWEI bakal melancarkan telefon flagship terbaru mereka iaitu siri HUAWEI P50 pada separa pertama tahun 2021.

Berdasarkan sumber, siri telefon ini akan dilengkapi dengan cipset Kirin 9000. Hal ini adalah sedikit pelik kerana sebelum ini, CEO HUAWEI Yu Richard pernah menyatakan bahawa siri HUAWEI Mate40 akan menjadi telefon terakhir yang menggunakan cipset keluaran Kirin.

Selain itu, sumber juga menyatakan bahawa Samsung dan LG akan menjadi pembekal skrin untuk siri HUAWEI P50 ini dan khabarnya mereka sudah mula menghasilkan skrin tersebut.

Siri HUAWEI P ini telah mendapat perhatian dunia setiap tahun dan ianya mendapat sambutan yang baik oleh penggemar gajet dengan angka jualan yang hampir menyamai flagship Samsung pada tahun 2019.

Adakah anda menanti HUAWEI P50 ini? Komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version