Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI P50 mungkin dilancar 27 April, HarmonyOS stabil pada 24 April

Berita mengenai siri HUAWEI P50 dan sistem HarmonyOS telah muncul sejak tahun yang lalu. Terkini, HUAWEI telah mengesahkan tarikh pelancaran siri HUAWEI P50 dan sistem HarmonyOS yang stabil, kedua-duanya pada bulan April ini.

Bermula dengan HarmonyOS, ia bakal dijangka dilancar terlebih dahulu pada 24 April 2021. Menurut sumber tidak rasmi, HUAWEI bakal menganjurkan HUAWEI HDC Developer Conference pada 24 April hingga 26 April. Jadi, tidak mustahil jika HarmonyOS yang stabil diumum ketika itu.

Untuk siri HUAWEI P50, terdahulu sudah terdapat sumber tidak rasmi yang menjangkakan kehadirannya pada 17 April. Namun, sumber terkini yang tidak rasmi menyatakan sebuah acara bertemakan “Art Deconstruction, Meet the Future” pada 27 April ini. Pada siaran keduanya, sumber memaklumkan mengenai siri HUAWEI P50 dengan tema yang sama. Jadi, mungkin siri HUAWEI P50 bakal dilancar pada tarikh 27 April 2021.

Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak HUAWEI sendiri. Jika benar, ia semestinya adalah acara pelancaran di China terlebih dahulu, bakal disusuli dengan pelancaran peringkat global kemudian. Adakah anda peminat siri HUAWEI P? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Gambar dari OnLeaks x voice

Exit mobile version