Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI P50 mungkin dilancar 29 Julai ini dengan sensor kamera 1 inci

Siri HUAWEI P50 akhirnya mempunyai tarikh pelancaran setelah penangguhan selama beberapa bulan. Namun begitu, tarikh pelancaran ini bukanlah dari sumber rasmi kerana ia telah diterjemah dari kod binari 1011011001 ke 729, merujuk kepada 29 Julai. Di dalam siri ini, terdapat tiga model iaitu HUAWEI P50, P50 Pro dan P50 Pro+.

Siri kali ini dikhabarkan akan menggunakan dua cipset Kirin 9000 yang berbeza, versi 4G dan 5G. Semestinya versi 4G akan ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan kamera ultra lebar siri ini akan dilengkapi sensor 1/1.18 inci. Ini adalah saiz sensor yang paling besar di mana-mana kamera ultra lebar di pasaran telefon pintar.

Untuk kamera utama pula, model P50 Pro dan P50 Pro+ dijangka akan menggunakan sensor Sony IMX800 1 inci, sensor paling besar di dunia untuk telefon pintar. Bercakap mengenai skrin pula, sumber menyatakan bahawa P50 akan hadir dengan skrin OLED yang sedikit melengkung, manakala P50 Pro dan Pro+ dengan skrin melengkung ‘waterfall’.

Untuk spesifikasi lain, ia masih lagi belum diketahui.

Nantikan berita lanju mengenai siri ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version