Site icon TechNave BM

Siri HUAWEI P60 dan telefon lipat Mate X3 bakal dilancar pada 23 Mac 2023

HUAWEI telah mengumumkan tarikh pelancaran bagi siri HUAWEI P60 dan telefon lipat Mate X3 pada 23 Mac 2023. HUAWEI mengeluarkan imej promosi dengan tulisan “Arus pasang dan laut luas, jumpa anda pada masa ini” dan mengesahkan bahawa acara pelancaran akan diadakan pada 2.30 petang waktu tempatan.

HUAWEI Mate X3 menunjukkan reka bentuk lipatan sisi dan bahagian atasnya mencerminkan kamera cincin besar. Siri HUAWEI P60 pula dilancarkan dengan susunan warna RYYB di mana ia juga boleh didapati pada HUAWEI P30 Pro. Ciri ini membantu kecerahan tambahan untuk menangkap imej.

Dalam siri P kali ini, pengguna boleh menukar apertur antara f/1.4 hingga f/4.0 untuk pelbagai jenis fotografi yang turut disokong oleh XMAGE 2.0. Namun, tiada sebarang butiran yang dikeluarkan tetapi mungkin ia terdapat peningkatan baharu dalam algoritma pengoptimuman imej. 

Dalam pada itu, sampel kamera baru-baru ini menunjukkan bahawa siri HUAWEI P60 akan mempunyai fotografi waktu malam serba baharu. HUAWEI Mate X3 akan meneruskan mekanisme lipatan sisi Mate X2 tetapi dengan reka bentuk yang ringan dan hayat bateri yang lebih lama. Kami menjangkakan HUAWEI akan menampilkan reka bentuk dan prestasi bateri dengan ketahanan yang dipertingkatkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: HUAWEI Central

Exit mobile version