Site icon TechNave BM

Siri Infinix HOT 20 dilancar di Malaysia pada 3 November ini: MediaTek Helio G85 dan skrin 6.82″

Infinix telah mendedahkan imej promosi untuk siri baharunya dengan reka bentuk yang bergaya. Dengan ini, Infinix akan membawakan Siri Infinix HOT 20 di Malaysia pada 3 November 2022.

Infinix HOT 20 merupakan telefon pintar terbaru jenama itu dalam barisan siri HOT. Infinix HOT 20 menampilkan paparan Imersif Bendalir Lubang Tebuk (Punch Hole Fluid Immersive)  6.82 inci dengan Pandangan Malam Super 50MP membawa unit kamera Apertur f/1.6. 

Selain itu, Infinix HOT 20 turut dilengkapi dengan cipset MediaTek Helio G85, RAM 11GB dan ROM 128GB membolehkan pengguna menikmati lebih banyak ruang untuk menyimpan fail, game dan aplikasi yang bersaiz besar.

Selain itu, Infinix juga akan memperkenalkan peranti lain dalam siri HOT iaitu Infinix HOT 20i. Ia dilengkapi skrin High-Bright Sunlight Readable berukuran 6.6 inci yang masih boleh dilihat dengan terang walaupun bawah cahaya matahari terik, serta reka bentuk yang langsing. 

Ia membawa bateri besar 5,000mAh dengan Teknologi Power Marathon untuk penggunaan tanpa gangguan yang berpanjangan. Ia mempunyai tri-kamera belakang 13MP dengan unit apertur f/1.8 untuk menangkap imej dengan segera.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar bergaya ini boleh didapati di halaman Facebook Rasmi Infinix Malaysia, Instagram, saluran YouTubeTwitter dan laman web rasminya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version